Wednesday, September 28, 2011

TEKS USRAH DPPNK BULAN SEPTEMBER

MUQADDIMAH
            Harakah Islamiah dewasa ini amat berhajat kepada pendukung-pendukungnya yang mempunyai pandangan yang jelas mengenai kepentingan persediaan ruhiyyah di dalam perjalanan dan perjuangan untuk mengembalikan semula Islam di tempatnya.

            Berjalan di atas perjalanan kerohanian atau ruhiyyah adalah suatu keperluan yang tidak dapat tidak , pendukung gerakan Islam mesti berada di atasnya. Permasalahan tanzim dan takhtit  semata-semata tidak menjamin keselamatan dan kesejahteraan para pendukungnya di dalam menghadapi situasi dan cabaran semasa.

            Di dalam kertas kerja ini, kita cuba untuk mengetengahkan  permasalahan kerohanian yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah dan pendapat ahlil haq yang bertepatan dengan keimanan kita.

            Perjalanan kepada Allah sama sekali tidak dapat disangkal dan dilupakan oleh         pendukung-pendukung gerakan Islam. Bahkan ia adalah suatu tuntutan dan kehendak yang wajib dijelmakan ke dalam setiap peribadi anggota grakan agar kemenangan Islam di era lalu dapat dikembalikan, justeru kita meyakini hanya golongan yang mempunyai jiwa kerohanian sahajalah yang mampu membawa pelita hidayah dan menerangi kegelapan jahiliyyah yang sedang meruntun setiap ruang kehidupan ummah dewasa ini.

2.       DEFINISI TARBIYYAH RUHIYYAH / KEROHANIAN
          Tarbiyyah ruhiyyah secara umumnya ditakrifkan ialah suatu proses tarbiah membentuk roh dan jiwa, melalui beberapa marhalah tertentu  dan didasarkan kepada pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan aqidah, roh yang entiasa dididik dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa kepada setinggi-tinggi pencapaian kesempurnaan.

TARBIYYAH RUHIYYAH BEKALAN DI ATAS JALAN DAKWAH
            Jalan dakwah adalah segalanya di dalam kehidupan pendakwah. Betapa jalan dakwah dpenuhi onak dan duri, jalan berliku, bahkan terlalu jauh matlamat dan tujuan yang hendak  ditujui. Di atas jalan ini, pendakwah berhadapan dengan ketakutan dan ugutan, ancaman pembunuhan dan ujian.



Firman Allah yang bermaksud: ( iaitu orang yang mentaati Allah dan rasul ) yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan : Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan     pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka . Maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab : Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung .

            Sesungguhnya, hanya persedian ruhiyyah sahajalah yang dapat menyelamatkan     pendakwah dan melepaskannya daripada semua ujian itu. Betapa pendakwah amat berhajat kepda bekalan ini agar pendakwah etap tidak tergugat di atas jalannya, tidak teragak-agak dan cemas untuk meneruskan perjalanannya. Tanpanya, pendakwah tidak akan mampu meneruskan perjalanannya.

OBJEKTIF TARBIYYAH RUHIYYAH
          Objektif Tarbiyyah Ruhiyyah ialah untuk mencapai hati yang sejahtera, bercahaya dan nur iman yang sntiasa bertambah. Semua keadaan hati yang menjadi matlamat perjalanan ini adalah hasil daripada amal ibadah, sehingga dengan itu hati memuncak mencapai maqam  Ihsan. Sabda Rasulullah SAW : Sembahlah Tuhan mu seolah-olah kamu melihatNya, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Ia melihat mu.

            Mengikut kadar kenaikan dan kesuburan iman dan pencapaian terhadap maqam Ihsan, terbentuklah peningkatan istiqomah, akhlak dan pengamalan seorang muslim.

PERJALANAN MENUJU ALLAH
            Perjalanan Tarbiyyah Ruhiyyah adalah perjalanan menuju Allah. Perjalanan menuju Allah bererti berpindah daripada jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih, pemikiran yang tidak syarie kepada pemikiran yang diredhai syariat, daripada hai yang ingkar, fasiq dan sakit hati yang keras membata kepada hati yang tenang dan sejahtera, daripada roh yang tidak mengenal ketundukan kepada Tuhan kepada roh yang mengenal Tuhannya dan menunaikan semua haq pengabdian kepada Tuhannya, daripada jasad yang tidak patuh kepada peraturan  syariat kepada jasad yang tunduk dan patuh kepada Allah dan daripada diri yang

tidak sempurna kepada diri yang lebih atau paling sempurna. Semua yang tersebut ini adalah ibarat pada pentakrifan erti perjalanan menuju Allah yang terkandung di dalamnya ertikata yang lebih khusus, ianya adalah matlamat pencapaian kita di dalam  perletakan Tarbiyyah Ruhiyyah di dalam perjalanan jemaah.

TAQWA SEBAGAI JALAN
          Taqwa adalah jalan mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah dan jalan untuk mencapai kepada maqam taqwa ialah dengan melalui proses-proses :
           
a)         Muahadah
            Muahadah ialah bersendirian diri seorang muslim dengan Tuhannya, membuat dan memberi janji bahawa ia tidak akan memberi hak pengabdian melainkan hanya pada Tuhannya, tidak memohon pertolongan melainkan hanya pada Allah, adan tidak akan memenuhi kehidupannya melainkan hanya dengan manhaj Tuhannya yang lurus. Inilah makna daripada ucapan seorang muslim di dalam tiap rakaat solatnya :

b)         Muhasabah
            Muhasabah ialah dengan perkiraan dan hisab seorang muslim terhadap dirinya setiap kali berlalu dan berakhir amalannya, adakah amalannya ikhlas dan hanya menuntut keredhaan Allah, adakah perasaan riya telah memasuki ketaatannya, adakah ia telah menunaikan hak yang wajib ke atasnya terhadap Tuhannya dan hak yang wajib terhadap sesama manusia. Seandainya pada pengamalannya seluruhnya adalah kebaikan maka kepada Allah ia meletakkan pujian, dan seandainya berlaku sebaliknya, ia hendaklah bersegera beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Inilah makna yang terkandung di sebalik ucapan  Saidina Umar RA :

c)         Mujahadah
            Ia adalah usaha dan kesungguhan seorang muslim melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah, berusaha menambah dan melipatgandakan ketaatan  yang telah dan sentiasa dikerjakannya, sehingga ketaatan itu menjadi keutamaan di dalam hidupnya. Inilah makna yang terkandung di dalam firman Allah :
KEDUDUKAN MUJAHADAH DI DALAM TARBIYYAH RUHIYYAH

          Tarbiyyah Ruhiyyah seperti yang dijelaskan adalah perjalanan untuk sampai kepada Allah. Hasil yang dicitakan ini hanya akan dapat dicapai dan diperolehi melalui mujahadah.

Firman Allah Taala :
Maksudnya : Dan orang-orang yang berjhad untuk mencari keredhan Kami, benar-benar kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.

            Jelaslah mujahadah adalah merupakan usaha untuk mencapai matlamat di dalam      perjalanan kerohaniannya. Dan hidayah itu adalah limpah kurnia dan pemberian Allah kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya, mujahadah dan hidayah itu tidak akan sempurna melainkan dengan taufik dan pertolongan Allah jua.
           
Firman Allah :
Maksudnya : Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami mohon pertolongan

Firman Allah :
Maksudnya : Dan orang-orang yamg mendapat petunjuk Allah, Allah menambah petunjuk mereka dan member kepada mereka balasan ketaqwaan.

            Kesimpulannya, mujahadah adalah wasilah untuk menyamaikankepada hidayah,         sementara hidayah dapat menyampaikan seorang muslim kepada ketaqwaan. Kedudukan mujahadah di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah hendaklah didasarkan kepada empat persoalan pokok demi mujahadah yang di dalam tarbiyyah ruhiyyah tidak terkeluar dan tergelincir       daripada jalannya yang sebenar. Mujahadah yang benar adalah didasarkan kepada :
a)         Keimanan kepada Allah dan mentauhidkannya serta mengimani kerasulan Nabi               Muhammad SAW.
b)         Mendirikan semua kefardhuan Ibadah di dalam waktunya
c)         Mengisi diri dengan keperluan-keperluan ibadah sunat
d)         Rukun mujahadah. Rukun mujahadah ialah :
            i-          Uzlah
            ii-         Mendimkan diri dari sesuatu yang tdak bermanfaat
            iii-         Berjaga malam dan menghidupkannya
            iv-        Berlapar                                 


PEMUSATAN TERADAP PENGISLAHAN HATI
            Marhalah pertama di dalam perjalanan kerohanian ialah marhalah perpindahan dari hati yang sakit kepada hati yang sihat sejahtera. Dan marhalah kedua ialah marhalah pengisian  hati dengan bekalan hariannya atau bekalan yang diperlukan oleh hati pada setiap detik dan waktu agar hati tetap kekal terjaga di dalam keadaan keimanan yang tinggi sehinggalah ia bertemu Tuhannya.

Firman Allah :
Maksudnya : Dan sembahlah Tuhnmu sampai datang kepadamu yangt di yakini ( ajal )

            Di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah, pemusatan kepada pengislahan hati adalah titik tolak yang benar dan tepat, justeru dengan itu tercapainya hati kepada kesejahteraannya. Sehingga    seorang muslim dengan hatinya yang sejahtera dapat menyelamatkannya daripada tipu daya syaitan, bisikan dan fitnahnya, sama ada syaitan manusia atau syaitan jin.

Firman Allah :
Maksudnya : Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap nabi-nabi itu musuh, iaitu syaitan jin dan manusia, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu manusia.

            Seorang muslim di dalam gerakan adalah amat patut member perhatian yang serius     terhadap pengislahan hati dan bekalannya agar dengan itu menjadikan hatinya bercahaya, bersinar dan sejahtera dan melayakkannya memikul tugas pembawa risalah dan perubah masyarakat.

KEPERLUAN WIRID HARIAN DAN DAURAH RUHIYYAH
Wirid Harian
Seorang muslim adalah amat perlu menyuburkan ruhnya di dalam waktu seharian hidupnya. Wirid harian ini merangkumi penjagaan terhadap kewajipan solat di dalam waktunya dan sentiasa berkekalan mengerjakan solat sunat mengikut kadar kemampuan   seseorang, mengikut keperluan di dalam pengislahan hatinya.
Secara umumnya, wirid harian yang dituntut menjadi perlaksanaan di dalam          tarbiyyah ruhiyyahnya ialah :

a)         Solat berjemaah, serta solat sunat rawatibnya dengan menjaga pengamalan                     zikirnya, qiamullail dan solat sunat dhuha
b)         Istighfar harian tidak kurang 100 kali
c)         Hauqalah tidak kurang 100 kali
d)         Selawat tidak kurang 100 kali
e)         Surah Al Ikhlas 3 kali
f)          Sejuzuk daripada Al Quran setiap hari
g)         Menjaga zikir dan doa makan, tidur, masak dan keluar rumah
h)         Memperbanyakkan zikir-zikir yang sunat secara mutlak seperti tasbih, tahmid                  dan sebagainya.

Daurah Ruhiyyah
Di dalam menjayakan tarbiyyah ruhiyyah, seorang muslim hendaklah mempunyai daurah ruhiyyah di dalam kehidupannya. Pusingan dan daurah ruhiyyah ini adalah juga mengikut kadar kemampuan seseorang muslim. Ia boleh dilakukan di dalam tempoh 40 hari, 3 hari, 7 hari dan sebagainya.

            Di dalam tempoh daurah , adalah suatu yang amat baik kalau dapat dihimpunkan didalamnya puasa dan qiamullail, solat berjemaah, membaca Al Quran dan zikir. Ia amat bermakna, memberi kesan dan bermanfaat di dalam perkembangan dan peningkatan ruhiyyah seorang muslim, sehingga ianya dapat dirasai oleh seorang muslim yang ikhlas di dalam perlaksanaannya.
            Daurah Ruhiyyah yang menjadi perjalanan di dalam tarbiyyah ruhiyyah adalah     bersumberkan perjalanan Rasulullah SAW sebagai contohnya ialah iktikafnya Rasulullah SAW  di dalam sepuluh terakhir di dalam bulan Ramadhan.


Sabda Rasulullah Saw mengenai solat dalam konteks daurah ruhiyyah :

Maksudnya : Sesiapa yang sembahyang di masjid secara berjemaah 40 malam, tidak tertinggal rakaat pertama daripada sembahyang isyak, Allah menetapkan dengan demikian itu kelepasan daripada api neraka.
                       
Tidak syak lagi, seorang muslim yang memilki daurah ruhiyyah ini, atau dalam    ertikata lain seorang muslim yang mempunyai ketetapan atau qarar terhadap dirinya di dalam penunaian ibadah seperti ini akan bertambah nur iman dan tauhidnya, jernih        fikrahnya, dan akan membawa kpada kesucian rohnya. Seterusnya, sentiasa             berulangnya daurah ini I dalam kehidupannya, mengekalkan nur iman di dalam hatinya dan menjadikan imannya di dalam keadaan sentiasa di perbaharui. 

KE ARAH MENYUBURKAN RUHIYYAH
            Di dalam tarbiyyah ruhiyyah, secara kesimpulannya, solat ( fardhu dan sunat ), wirid serta zikir dan sentiasa mengekalkan pembacaan Al Quran adalah merupakan tiga pengisian utamanya.
           
Sebahagian besar waktu yang dipenuhi dengan pengsian ini amat bermakna di dalam pengislahan hati dan jiwa. Ketiga-tiga pengisian utama ini, meskipun sedikit, namun amat meninggalkan kesan di dalam pengislahan hati dan jiwa seorang muslim.
Namun, di sana terdapat beberapa pengisian yang dapa membantu ke arah menyuburkan ruhiyyah seorang muslim. Di antaranya ialah :
            a)         Sentiasa bermuraqabah dengan Allah
            b)         Mengingati mati dan ahwalnya
            c)         Mengingati akhirat dan huru-haranya
            d)         Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW
            e)         Bersahabat dengan golongan pemilik hai yang suci dan mengenal Allah
            f)          Menangis kerana Allah di waktu bersunyian diri

PROSES PEUBAHAN DAN KEPERLUAN KEPADA GOLONGAN RUHIYYAH
            Permasalahan ummah dan kerja-kerja menyelamatkan kemanusiaan seluruhnya adalah kerja-kerja dan tugas berat yang tidak mungkin dapat ditanggung melainkan oleh golongan yang mempunyai hati dan jiwa yang bersih, suci, dan benar kerana proses perubahan yang ditaja oleh Islam adalah proses perubahan yang didasarkan kepada kesucian dan kemurnian jiwa berpandukan aqidahnya yang suci dan benar.

Kemantapan fikrah dan keutamaan di sudut haraki sahaja, tidak mampu menyelesaikan permasalahan yang membelit ummah, kerana kerja-kerja yang jaminannya keberkesanan dan kejayaan adalah bermula daripada permasalahan jiwa dan hati yang diredhai oleh Allah.

            Namun begitu, keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai       keutamaan dan persediaan yang sepurna disudut fikrah, jiwa ( ruhiyyah ) dan persediaannya di sudut haraki adalah tuntutan yang sama penting demi keberksanan dakwah dan kerja    menyelamatkan ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamatnya.

KESAN RUHIYYAH DI DALAM PROSES PEMBINAAN DAN PERUBAHAN
            Seorang muslim yang berjalan di atas jalan dakwah dan bekerja di dalam proses pembinaan dan perubahan ummahnya, selayaknya adalah seorang muslim yang sentiasa terpancar jiwanya dengan pancaran ruhiyyah, sentiasa bertiup keimanan di dalam hatinya, sentiasa membekalkan diri dengan taqwa, insan yang soleh, muslim yang warak, mukmin yang bertaqwa dan rijal dakwah yang ikhlas.  
           
            Seorang pendakwah yang mengandungi ciri-ciri dan sifat-sifat ini, ucapannya
menyentuh hati, tingkah lakunya menjadi qudwah,ai mukanya memaut dah
menenangkan hati, teori dan fikrahnya mengandungi pancaran nur Ilahi.

            Seorang pendakwah apabila hilang pada dirinya ciri-cirinya ruhiyyah yang           sempurna, cacatlah keperibadiannya, tidak mampu meninggalkan kesan di hati             madu dari ucapan dan tulisannya, atau dalam ertikata yang lain akan berlakulah kesamaan antara murabbi dan anak didiknya atau pendakwah dan madunya. Pada ketika itu jadilah jiwanya kosong dan musnah, jiwa yang tidak mampu mengilham dan menggerak. Dan pendakwah pada ketika itu, tidak layak lagi menjadi jurubicara ummah, pemimpin dan pendakwah, penyelamat, perubah dan pendidik ummah, bahkan dirinyalah yang lebih layak untuk dididik dan ditarbiah.
GOLONGAN RUHIYYAH MASA LALU
            Golongan ruhiyyah dan angkatan kerohanian masa lalu adalah sebaik-baik contoh kepada perjalanan atau proses taghyir yang sedang kita lalui dewasa ini. Sesungguhnya merekalah yang telah menyebar dan mengembangkan Islam di benua Afrika, Asia Tenggara, Asia Tengah dan di serata alam ini. Kita lihat bahawa merekalah yang telah meninggikan panji-panji jihad di negara-negara mereka, gerakan As-Sanusi di Libya, gerakan Al Mahdi di Sudan, bahkan merekalah yang telah berjasa trhadap pembbasan bumi Islam di Al Jazair, Tunisia, Al Maghrib dan di mana sahaja.

PENINGKATAN RUHIYYAH DAN BERINTIMA DENGAN GERAKAN
          Memberi keutamaan dan mengambil berat di dalam pengislahan hati serta peningkatan di sudut kerohanian atau ruhiyyah, tetapi memandang ringan terhadap penunaian hak terhadap membantu dan menolong agama Allah, menguat  dan menggerakkan perjuangan mendaulatkan syariat bererti tidak memenuhi  syarat-syarat  pengislahan jiwa dan tidak menepati kehendak, tuntutan dan pengarahan syariat. Memperjuangkan agama Allah, memperkuat  dan menghidupka sunnah  Rasulullah SAW. Menggerakkan perjuangan pendaulatan syariat atau dalam ertikata lain berintima  dengan gerakan Islam adalah kewajipan setiap mukmin yang benar dengan agamaNYA.
           
Firman Allah :
Maksudnya : Sesungguhnya kami mengutuskan kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul NYA, menguatkan agama NYA dan membesarkanNYA.

            Bagaimana mungkin boleh berlaku  dan menjadi sempurna pengislahan hati, tetapi memandang ringan terhadap permasalahan menegakkan syariat Allah dan pendaulatan hukum hakamnya.

            Berintima dengan gerakan Islam adalah jalan yang sahih dan benar di dalam ertikata perjuangan  pendaulatan syariat Allah dan hukum  hakamnya. Justeru itu tidak mempunyai  sebarang erti pengislahan  hati dan peningkatan ruhiyyah seandainya tidak sempurna intima dan wala kepada gerakan dan jemaah Islam.


PENUTUP
Di dalam pembentukan peribadi muslim yang sebenar, kita meletakkan tarbiyah       ruhiyyah adalah asas kepada dakwah kita. Hakikat tarbiah ruhiyyah ialah proses atau     marhalah pendidikan diri, membersihkan jiwa dan menggilapnya sehingga mencapai kedudukan yang paling di dalam skop kesempurnaan jiwa kemanusiaan. Ia adalah      merupakan uslub dari beberapa uslub dakwah yang diiktibar dan mesti dilalui di dalam perjalanan madrasah dakwah kita.

            Mudah-mudahan akan lahir daripada madrasah dakwah ini, generasi pembela yang tidak sekadar mempunyai peningkatan dan kemampuan di dalam sudut pembacaan politik dan siasah, teori dan fikrah, kemantapan amal dan tindakan, bahkan mempunyai peningkatan dan perkembangan di sudut ruhiyyah dan kerohanian kerana gerakan Islam dewasa ini, di dalam perjalanan dan perjuangan untuk mencapai matlamatnya amat perlu kepada tenteranya yang hidup di dalam ungkapan ringkas yang cukup member erti dan bermakna, demi terjaminnya sejarah di era lalu berulang sebagai kenyataannya di era ini. InsyaAllah..                                             


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons