FIQH DAULAH DAN AHLUL ZIMMAH
(BHG. 1)
MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu
yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi
kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat
perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah
ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya
mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari
kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)
Orang-orang kafir musyrik yang telah mengisytiharkan
permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah itu ialah sama
ada :
Pertama- Bertaubat dan insaf dari kekufuran,...