Monday, January 21, 2013

TEKS USRAH BULAN JANUARI 2013



Siri Tarbiyah Pemuda 5 (13)
UJIAN PELENGKAP PERJUANGAN

MUQADDIMAH
Maksudnya :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah ( sebagaimana yang diketahui NYA) orang-orang yang berjihad antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman ? Dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan (At-Taubah :16)
Setiap kita yang menggerakkan perjuangan Islam wajar mengetahui dan memahami bahawa perjuangan yang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah S.W.T. Justeru itu setiap gerak kerja yang dilakukan hendaklah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya. Selain itu adalah suatu yang wajar difahami oleh para petugas gerakan ialah bahawa perjuangan ini tidak akan terlepas daripada mehnah dan tribulasi.

MEHNAH DAN TRIBULASI
Mehnah berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud ujian atau cabaran. Tribulasi pula berasal daripada perkataan Inggeris tribulation yang membawa maksud kesengsaraan atau kesusahan. Tribulasi juga boleh membawa maksud ujian, cuma ia adalah dalam bentuk kesusahan.
Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah, para pejuang di perjalanan ini pasti akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Sejarah telah membuktikan bahawa semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas di dalam jalan yang benar ini tidak mungkin terlepas daripada dikenakan ujian. Para Rasul dan siapa yang bersama mereka, para ulama’ pewaris Nabi dan sekalian da’ie telah membenarkan janji Allah bahawa jalan ini sentiasa beronak dan berduri. Secara pastinya, ujian pasti akan datang menguji . Hal ini sudah menjadi suatu kemestian atau prasyarat kepada perjuangan Islam bagi melihat sejauh mana ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan.

PARA RASUL DAN MEHNAH
Sejarah perjuangan Islam bermula dengan lahirnya Nabi Adam a.s. Perjuangan berserta mehnah dan tribulasi ini kemudiannya terpaksa dihadapi oleh Rasul-rasul dan pejuang-pejuang selepasnya. Nabi Musa a.s yang menghadapi kezaliman Fir’aun dalam melaksanakan dakwahnya seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakn” (Surah Al-Qasas : 4)
Nabi Luth a.s juga menghadapi cabaran dalam menyebarkan dakwahnya apabila baginda di lengkongi umatnya yang tidak mahu mengikut sunah kejadian manusia. Mereka hidup dalam kemungkaran apabila mengamalkan tabiat homoseksual. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud :
“Luth berkata : “Sesungguhnya mereka adalah tamuku, maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku). (Surah Al-Hijr : 68)
Rasulullah SAW juga tidak terlepas daripada menerima tentangan musuh-musuh Islam yang mengengkari  dakwah yang baginda sampaikan . Segala bentuk komplot, penghinaan, cacian dan penghinaan, fitnah dan penyeksaan fizikal serta mental baginda diuji. Namun, segala cabaran dan mehnah yang datang tidak pernah menggentarkan Rasulullah SAW untuk terus menyebarkan risalah Islam bersama para sahabatnya.

MEHNAH DAN UMAT ISLAM
Umat Islam dewasa ini menghadapi mehnah dalam pelbagai bentuk. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah ; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.
Terdapat pelbagai cabaran yang membentang menuju puncak kegemilangan dan keagungan Islam. Di antaranya ialah ;
a)      Perancangan Yahudi (Zionis) untuk menghancurkan Islam
b)      Umat Islam lupa diri dan berada jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar
c)       Kelemahan pemikiran umat Islam
d)      Keruntuhan  akhlak dan iman umat Islam

TUNTUTAN DALAM MENGHADAPI MEHNAH
Seperti mana telah dijelaskan bahawa perjuangan Islam yang telah kita mulai langkah-langkahnya ke mercu kemenangan ini tidak akan sunyi daripada ujian dan cabaran. Kita akan sentiasa diuji sepanjang perjalanan ini. Allah SWT tidak akan membiarkan perjuangan ini berlalu tanpa ujian. Setiap mereka yang menggerakkan perjuangan pasti akan diuji. Hanya dengan ujian dapat dibuktikan siapa yang benar dalam perjuangan dan siapa yang dusta
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah Al-Ankabut :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ . وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ .
Maksudnya :
Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengatakan : “Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji . Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.
Dari ayat ini jelas kita fahami mengapa sebenarnya difardhukan jihad. Hikmah daripada kefardhuan jihad adalah suatu iktibar dan ujian daripada Allah untuk dibuktikan siapa yang sebenar-benar sebagai hamba yang mentaatiNya dan siapa pula yang menderhakaiNya. Justeru itu tahan ujian adalah tuntutan yang wajib dalam perjuangan
HIKMAH DARI MEHNAH
Antara hikmah mehnah dan tribulasi yang akan dapat dikecapi oleh para Mukmin termasuklah :
·         Menunjukkan sifat kehambaan, tanggungjawab serta pergantungan kepada Allah SWT
·         Menampakkan yang haq dan yang batil
·         Sebagai satu bentuk pentarbiyyahan diri
·         Melahirkan individu yang berjiwa besar untuk kebangkitan Islam
·         Membersihkan diri orang-orang beriman supaya keimanan mereka semakin mantap
·         Mendidik generasi menjadi sabar, tangkas dan mempunyai azam yang kuat
BAGAIMANA MENGHADAPI MEHNAH
Mehnah akan dapat dilepasi dengan :
·         Ikhlas dalam perjuangan
·         Mendidik jiwa dan ketahanan menerusi latihan kerohanian
·         Berada dalam jemaah
·         Meletakkan cita-cita tertinggi “syaheed dalam perjuangan” sebagai matlamat utam
PENUTUP
Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan ketikanya apabila lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Semoga noktah akhir kehidupan ini akan berakhir dengan hakikat bahawa kita tertulis sebagai hamba yang diredhaiNya, justeru kita telah berjaya dan lulus di dalam medan perjuangan Islam yang maha suci ini. Allahu Akbar!!!



Sunday, October 21, 2012

TEKS USRAH BULAN OKTOBER


Siri Tarbiyah Pemuda 4 (12)

TAKUT KEPADA ALLAH

MUQADDIMAH

Maksudnya;

Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janji mereka, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memerangi mereka) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintah-Nya), jika betul kamu orang-orang yang beriman? Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 13-15)

Ayat ini memberi satu penegasan terhadap perintah memerangi golongan musyrikin yang telah membatalkan perjanjian dengan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Penegasan yang keras ini bertitik tolak daripada tiga sebab;

Pertama; Sebab mereka membatalkan perjanjian. Menurut Ibnu Abbas RA; ayat ini diturunkan terhadap golongan kuffar Makkah yang telah membatalkan perjanjian mereka dengan Rasulullah dan golongan muslimin selepas peristiwa Hudaibiyah. Golongan kuffar Makkah ini telah membantu Bani Bakr memerangi Bani Khuza’ah (sekutu Rasulullah di Madinah). Ayat ini menjadi dalil bahawa memerangi golongan kafir yang membatalkan perjanjian itu adalah lebih utama daripada memerangi golongan kafir yang lainnya.

Kedua; Mereka berusaha mengeluarkan Rasulullah SAW dari Mekkah. Firman Allah SWT yang bermaksud;

Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal:30)

Ketiga: Mereka yang terlebih dahulu memulakan peperangan. Iaitu merekalah yang terlebih dahulu memerangi golongan beriman di dalam perang Badar. Begitu juga peperangan Uhud dan Khandak, juga dimulai oleh golongan Musyrikin.  



HANYA  ALLAH BERHAK DITAKUTI

Dalam perjuangan, takut kepada kekuatan musuh adalah amat tercela. Walau seberapa hebat perancangan dan perencanaan yang diatur oleh musuh-musuh Islam, gentar terhadap ancaman dan kekuatan musuh tidak wajar ada dalam jiwa dan sanubari para pejuang Islam. Di dalam perjuangan hanya yang layak ditakuti oleh para pejuangnya hanyalah Allah SWT yang memiliki kekuasaan yang hakiki, yang hanya di tangan-Nya segala mudharat dan manfaat. Di dalam ayat ini, memberi kita suatu kefahaman bahawa seorang mukmin yang takut kepada Allah  akan menjadi seorang yang paling berani dan tidak gentar di medan perjuangan.

HATI YANG TAKUT KEPADA ALLAH

Rasa takut kepada Allah hanya akan timbul daripada hati yang paling baik. Hati yang paling baik ialah hati yang paling suci, paling kuat dan paling lembut. Untuk itu melakukan pengislahan hati ialah suatu kewajipan bagi seorang mujahid di medan perjuangan. Justeru bantuan Allah kepada para pejuangnya hanya akan datang setelah hati mereka telah layak untuk dipandang oleh-Nya. Sabda Rasulullah SAW:

إن الله لا ينظر إلى صوركم و أعمالكم وإنما ينظر إلى قلوبكم ونياتكم (رواه مسلم)

Maksudnya;

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan amalan kamu, hanyasanya Ia melihat kepada hati dan niat kamu. ( Hadis diriwayatkan oleh Muslim)


AWAS TERHADAP HATI YANG KERAS DAN LALAI

Hati yang keras ialah hati yang tidak terkesan dengan tazkirah dan peringatan, tidak terasa tersentuh ketika diperingatkan tentang mati, segala janji Allah dan hari akhirat. Sabda Nabi SAW;

من الشقاء أربع : قسوة القلب, وجمود العين , والحرص وطول الأمل (رواه البزار)

Maksudnya;

Alamat celaka itu empat perkara; hati yang keras, mata yang tidak mampu menangis, haloba terhadap dunia dan panjang angan-angan. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar)

Sementara hati yang lalai pula ialah hati yang tidak pernah tersedar apabila datang peringatan daripada Allah. Segala bentuk peringatan daripada Allah tidak pernah diendahkannya oleh sebab terlalu lalainya ia dengan kemewahan dunia dan belaian hawa nafsunya. Allah SWT telah memperingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud;



Dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Al-Kahfi:28)

MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Menangis kerana takut kepada Allah adalah tanda atau alamat seseorang memiliki hati yang lembut dan khusyuk. Hal ini dipuji oleh Allah seperti firman-Nya yang bermaksud;

Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. ( Maryam:58)


Firman-Nya lagi yang bermaksud;


Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. ( Al-Isra’:109)

Justeru itu, berusaha untuk memiliki hati yang lembut dan mampu menangis adalah suatu agenda yang wajar diwacanakan di dalam saf mujahid di dalam apa jua medan, siasah atau medan pertempuran. Sejarah telah menjadi saksi bagaimana golongan mujahidin yang terdahulu telah mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah setelah mereka hidup di dalam reality ini. Sesungguhnya musuh-musuh Islam, di dalam apa pun namanya medan dan reality pertarungan, musuh tidak pernah ada perasaan kasihan belas terhadap kita. Di dalam kotak pemikiran mereka hanya ada satu focus, iaitu membelasah dan menghancurkan kita sehancur-hancurnya. Bala tentera dan kekuatan mereka jauh melebihi kita beribu kali ganda. Tanpa kekuatan hati yang hanya ada perasaan takut kepada Allah, dan tidak takut kepada selain-Nya, sukar kita berhadapan dengan suasana yang sebegitu hebat dan mencabar itu.


REALITI DI MEDAN

Seperti yang selalu ditegaskan, di dalam medan perjuangan, kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi. Dan sesungguhnya di dalam diari perjuangan tiada istillah masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk kita bangun lebih hebat. Lihatlah para pejuang yang terdahulu bagaimana mereka berhadapan dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembasi menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian" Pencipta yang Maha Berkuasa, sebagai tanda ingatan-Nya.. Lihatlah betapa mereka tabah dan thabat dalam perjuangan

Kata nista dan cerca maki adalah lumrah orang dalam perjuangan. Para Nabi dan Rasul terdahulu telah menerima tentangan yang sama, malah apa yang ditempuh oleh mereka jauh lebih dahsyat lagi. Apabila kita renungi, segala mehnah dan tribulasi ini, sebenarnya ia menjadi kayu pengukur terhadap kekuatan iman kita. Perkara ini telahpun dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud; 

                                         
 Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut:1-3)

PENUTUP

Oleh itu, jelas di sini bahawa pengakuan iman itu sendiri memerlukan pembuktian. Secara analoginya kita andaikan seorang mekanik kereta tidak akan dikira pandai membaiki kereta sekiranya dia tidak diuji dengan teknik sebenar membaiki sebuah kereta. Maknanya, untuk membuktikan dia ialah seorang mekanik dia perlu mencari kereta yang rosak untuk dibaiki. Jelas juga di sini, untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah s.w.t. kita perlu berjihad di jalan-Nya dalam semua bentuk jihad yang diperakui oleh Islam.. Hal ini kerana “Jalan syurga dibentang dengan  kesusahan manakala jalan neraka dibentang  dengan syahwat.” syahwat.”

Sesungguhnya kita wajar meneladani tokoh-tokoh Islam yang terdahulu. Kebanyakan mereka menerima ujian yang sangat berat seperti mana yang dihadapi oleh para sahabat dan tokoh perjuangan Islam sepanjang zaman.  Cukup dengan sejarah mereka menjadi peniup semangat di dalam diri kita untuk menghancurkan toghut di abad ini. Cukup dengan membaca sejarah mereka dapat meniupkan semangat juang yang berkobar-kobar di dalam diri kita untuk berjihad di jalan Allah SWT. Oleh itu, marilah bersama kita berganding bahu, bersatu tenaga berjuang menegakkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allahu Akbar!!!

Tuesday, July 17, 2012

TEKS USRAH BULAN JULAI


FIQH DAULAH DAN AHLUL ZIMMAH
(BHG. 2)

MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui.Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM
Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.
Hukum-hakam Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan perundangan, pemerintahaan dan penghakiman Negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib.Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini,proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.
Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih untuk melantik pimpinan dan kerajaan dalah wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah:”Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan denganya maka ia menjadi wajib”.

KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN
Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi uintuk memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk pastiukan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan (Amanah, Alim, Ahli, Adil)dan matlamat syariat seperti hadith Rasullah SAW yang menyebut lafaz bai’ah:
“Aku memberi bai’ah kepada kamu dengan syarta kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”

Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allahy yang berikut:
Maksudnya: “Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT)”                (Surah Al-Maidah: 55)

Arahan memilih pimpinan mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al-Quran:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berketuakan Allah, rasul dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang mencapai kemenangan.” (Surah Al-Maidah: 56)

Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik adalah sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan (jangan kamu jadikan)orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah Al-Maidah: 57)

Ibnu Abbas RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhanati Allah, Rasulnya, dan orang mukmin.”(Hadis Riwayat Al-hakim dan As- Sayuti).

Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat relevendalam konteks masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalm Al-Quran:
“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah Ulama” (Surah Al-Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para  nabi.Sungguh mereka hanya mewarikan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bahagian yang banyak”.(HR At-Tirmizi)

Jika setiap muslim memilih majority calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang mukmindan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam. Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syarait Islam mampu dilaksanakan.Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
Sebalinya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis, atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan sarta kemungkaran di bumi Allah.
Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan dasar tadbir urus Negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasarkan logik akal dan kepentingan nafsu.
Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat islam keseluruhnya di hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON MUSLIM
Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon wakil rakyat golongan-golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah, kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezaliman (manipulasi, penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau memilih kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam, kemanusian, kebajikan, dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan : “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari” , “Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan “Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan”.

ETIKA PILIHANRAYA MENURUT SYARA’
Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin dan kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemungkaran dan kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar daripadaNya.
Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/ pembunuhan), gharar (dusta/ penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah (rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll), maisir (perjudian/ pertaruhan), syubhah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan, kolusi, konspirasi), assobiyyiah(nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan/ kepartian/ kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan/ nasionalisme/ keegoan materialism) dan lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.
Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islamuntuk memastikan kejayaan kepada pihak yang hak.

KEWAJIPAN MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM
Dalam konteks Malaysia, kita uamt islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib memilih kepimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prisip Islam dalam menganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Timiyah mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.
Tanggungjawab setiap pemimpin (wakil rakyat) Islam adalah pul wajib membentuk Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintrahn atas prinsip Islam dan amalan syariat Islam. Dengan itu umat islam akan mampu melaksanakan semua amal ibadat,hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan di Akhirat.

Al-Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.Ibnu Hazam Al-Andalusi menjelaskan para Ulama’ bersatu pendapatdalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umut berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakaum Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Ibnu Khaldun menegaskan bahawa: “Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus pilih pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan kewajipan untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW, semua kepentingan dunia haru mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat.Kesimpulanya, (kekhalifahan) pada kenyataanya menggantikan Nabi Muhammad SAW, beserta sebahagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaaan politik dunia”.
Imam Taqiyyuddin An-Nabhani menyatakan bahawa kepimpinan kaum muslimin adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembangkan (dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

PENUTUP
Oleh itu mewujudkan Jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon Jemaah Islam dan membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap muslim supaya akidah dan syariat Islam dapat ditegakkan, dipertahankan, dan dikembangkan di atas muka bumi ini sehingga Hari Kiamat.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah memastikan segala urusan dan permasaalahan umat dirujuk kepada Al-Quran dan As- Sunnah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons