Monday, June 18, 2012

TEKS USRAH BULAN JUN 2012

FIQH DAULAH DAN AHLUL ZIMMAH
(BHG. 1)
MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui. Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

Orang-orang kafir musyrik yang telah mengisytiharkan permusuhan terhadap Islam, kesudahan dan keadaan mereka setelah itu ialah sama ada :
Pertama- Bertaubat dan insaf dari kekufuran, perbuatan membatalkan perjanjian dan penentangan mereka terhadap Islam. Realiti ini berlaku ini berlaku dengan mereka menerima Islam sebagai anutan. Apabila mereka telah beriman dengan Allah SWT, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka bertukarlah mereka dari reality mereka sebagai musuh kepada hakikat mereka saudara kepada golongan muslimin.
Kedua- Diperangi selepas mereka membatalkan perjanjian yang telah dimetrai. Di dalam ayat di atas , disebut ‘ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir’ adalah kerana merekalah yang menjadi tonggak kepada kekufuran, dan merekalah yang telah menggalakkan para pengikutnya untuk melakukan kebatilan.

TAKRIF NEGARA ISLAM
Kebanyakkan pengkaji yang menulis tentang topik sekitar Negara Islam sama ada sedar atau tidak sedar, pengishtilahan Negara Islam sebenarnya tidak diberikan secara langsung oleh fuqaha’ terdahulu. Kebanyakan daripada mereka hanya menyebut cirri-ciri yang wajar wujud untuk sesebuah negara untukdikenali sebagai Negara Islam sahaja. Bagaimanapun cirri-ciri yang dikemukakan itu mirip menyerupai takrif/definisi.Sehingga menyebabkan cirri-ciri yang disebutkan oleh fuqaha’ mazhab itu telah disalah anggap sebagai takrif/definisi oleh pengkaji terkemudian.

Sememangnya tidak dinafikan terhadap perselisihan di dalam perbahasan mengenai ciri-ciri Negara Islam. Ada dikalangan fuqaha’yang menyebut bahawa sesebuah Negara dikenali sebagai Negara Islam dengan menggunakan sandaran kepada kekuasaan pendudukan umat Islam,perlaksanaan hukum, keamanan berpihak kepada muslimin dan sebagainya. Di dalam kesempatan yang ada ini kita dapat memetik beberapa pendapat fuqaha’ terdahulu mengenai Negara Islam bagi menjelaskan terdapatnya khilaf yang dinyatakan.

Al-Imam Abu Yusuf berkata: “Negara yang dikira Negara Islam dengan terlaksananya hukum Islam di dalamnya walaupun kebanyakan penduduknya adalah di kalangan orang-orang kafir. Dan dikira sesebuah Negara itu ‘kufr’ kerana berjalanya hukum kafir padanya walaupun kebanyakan penduduknya adalah dikalangan orang-orang Islam”

Al-Imam Az-Zarkashi menyebut : “ Negara Islam adalah apa yang dinamkan pada suatu kawasan yang dikuasai oleh umat Islam, dan umat Islam berada dalam keamanan”

Berkata Al-Imam Ar-Rafi’e : “Tidak disyaratkan Negara Islam itu padanya umat-umat Islam,berpada dengan pengusaan berpihak kepada kepimpinan yang Islam”

Berkata Ibnu Muflih Al-Hambali, “sesuatu Negara yang dikuasai hukum Islam, maka Negara tersebut adalah Negara Islam, dan jikalau dikuasai hukum kafir, maka Negara tersebut adalah Negara ‘kufr’”

Berkata Ibnu Hazm Az-Zhohiri, “Sesuatu Negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh,penguasa dan orang yang merajai Negara tersebut.”
Walau bagaimanapun Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah menukilkan bahawa jumhur fuqaha’ sepakat berpendapat: Negara Islam didefinisikan sebagai : “Sebuah kawasan (Negara)yang didiami dan dikuasai oleh umat Islam dan terlaksan padanya hukum-hukum Islam. Maka Negara yang tidak menjalankan hukum Islam tidak dinamakan Negara Islam.”

KESIMPULAN: Dapat difahami melalui takrif yang dikemukakan oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah bahawa sesebuah Negara Islam dikenali kerana padanya terdapat dua asas utama yang disebut sebagai “tertegak pemerintahan umat Islam dan terlaksa hukum-hukum Islam.”Oleh itu Negara yang tidak didiami oleh umat Islam sekalipun sekiranya terlaksana hukum-hukum Islam dan dikuasai umat Islam juga boleh dinamakan Negara Islam.

PERBAHASAN ULAMA’ MUASARAH(KONTEMPORARI)
Antara Ulama’ dan Cendiakawan Muasarah yang terlibat mendefinisikan Negara Islam adalah seperti Al-Mujaddid Al-Maududi, Syeikh Abu Zahrah, Al-Ustaz Sayyid Qutub, Syeikh Abdul Qadir Audah, Al-Marhum Sheikh Abdul Wahab Khalaf, Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi, Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Muhammad Khair Haikal di dalam tesis PHDnya yang berjudul Al-Jihad Wal Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyyah.
Kesimpulan : Takrif-takrig yang dikemukakan oleh para Ulama’ Muasarah tidak jauh bezanya dengan cirri-ciri Negara yang disebut oleh para Ulama’ silam terdahulu. Ini kerana sebahagian mereka cenderung dengan apa yang dikemukakan oleh ulama’ terdahulu sebagai ciri-ciri negar Islam untuk dijadikan takrif sesebuah Negara Islam.
Melihat kepada beberapa takrif yang dikemukakan oleh Ulama’ Muasarah tersebut bolehlah dibuat beberapa kesimpulan antaranya:
i.          Negara Islam didefinisikan sebuah Negara yang terlaksana padanya hukum-hukum Islam.
ii.         Ditadbir oleh Imam atau pemerintah Islam.
iii.        Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.
Perkara (i) dan (ii) yang dinyatakan adalah titik pertemuan di antara pentakrifan yang dikemukakan Ulama’ Muasarah dengan pencirian yang diberikan oleh ulama’ terdahulu sedang perkara (iii) adalah titik perselisihan di mana sebahagian menyebut dan sebahagian yang lain tidak menyebut.

MUAMALAH ISLAMIYAH BERSAMA AHLUL ZIMMAH, MU’AHAD  DAN HARB
Hukum bermuamalah dengan orang kafir :
1.  Boleh melakukan urusan perdagangan dan sewa menyewa selama alat tukar, keuntungan dan barangnya dibolehkan oleh syariat Islam.
2.  Wakaf mereka selama itu pada hal-hal di mana wakaf terhadap kaum muslimin dibolehkan.
3.  Muslim lelaki boleh menikahi wanita ahli kitab(yahudi mahupun nasrani).
4.  Pinjam meminjam walaupun dengan menggadaikan barang.
5.  Orang kafir bpleh berdagang di negeri muslim asal dibolehkan secara syar’i dan 10% keuntungan harus diserahkan untuk kepentingan umum kaum muslimin.
6.  Jizyah bagi ahli kitab yang dapat perlindungan keamanan kaum muslimin.
7.  Jika tidak sanggup bayar jizyah maka dibebaskan, jika miskin maka dibiayai dari Baitul Mal kaum muslimin.
8.  Haram membolehkan mereka membangun rumah ibadah dalam Negara Islam, gereja yang sudah dibangunkan tidak boleh dihancurkan, tetapi bagu yang sudah runtuh tidak boleh dibangunkan kembali.
9.  Hukum yang berlaku kepada mereka harus dihapuskan jika dalam agama meraka membolehkan.
10.Jika perbuatan itu haram dalam agama mereka lalu mereka melakukanya maka harus dihukum.
11. Orang Zimmi dan Mu’ahad tidak boleh diganggu selama mereka komitmen dengan perjanjian.
12. Hukum Qisas atas nyawa dan juga berlaku bagi mereka.
13. Perjanjian damai dengan mereka atas permintaan mereka atau kita, selama mana itu mashlahat umum bagi kaum muslimin dan pemimpin kaum muslimin sendiri cenderung kearah itu. Namun perjanjian damai itu bersifat sementara dan tidak mutlak.
14. Darah , harta , dan kehormatan kaum Zimma dan Mu’ahad dalah haram.
15. Ahlul Harb (harus diperang) ,tidak boleh memerangi mereka sebelum diberi peringatan dan mereka boleh dijadikan hamba, baik lelaki atau wanita selama belum ada perjanjian damai.
16. Orang kafir yang terlibat (pendapat , pererncanaan diri) dalam memerangi kaum muslimin seperti anak-anak, wanita, rahib dalam rumah ibadahnya, orang tua, orang sakit, dan seumpamanya tidak boleh diganggu dan diperang.
17. Orang yang berlari menghindari perang, dengan mereka tidak boleh dibekali dan apa yang ditanggalkan menjadi rampasan perang.
18.Pemimpim kaum muslimin yang menyatakan sah dan benarnya kepemilikan (tanah)mereka. Namun mereka harus membayar pajak,tanah itu dinyatakan tanah pajak. Jia tidak mahu membayar pajak, harus diserahkan kepada kaum muslimin untuk dibangunkan di atasnya. Ini jika negeri mereka dibebaskan dengan perang,kerana statusnya adalah harta rampasan perang.

PENUTUP
Golongan kafir zimmi yang bernaung di bawah Negara Islam, apabila mereka menghina dan mencerca Islam , ia bererti mereka telah membatalkan penjanjian yang telah mereka metrai.Lalu peperangan pun di isytiharkan ke atas mereka. Dari situ jelas bahawa peperangan di dalam Islam tidak ada tujuan keduniaan atau untuk menunjukkan keangkuhan dan kehebatan, jauh sekali bertujuan untuk membalas dendam, tetapi ia adalah bertujuan untuk memastikan laluan tetap terbuka untuk dakwah Islam itu tetap diterima umat manusia.
Sehubungan dengan itu, lahirnya kafir zimmi adalah setelah tertegaknya daulah atau Negara Islam. Hukum Islam membahagikan bukan Islam kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi dan lainnya yang hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi (orang yang dilindungi). Menurut pakatan ini, keselamatan peribadi dan keselamatan harta awam zimmi telah dijamin dengan pulangan membayar ufti (jizyah) kepada Negara Islam dan mengakui ketuanan Muslim. Secara sejarah, zimmi menikmati ukuran autonomi di bawah ketua keagamaan mereka, tetapi disubjekkan kepada batasan pengesahan,social dan keagamaan yang bertujuan untuk menekankan kelemahan mereka. Oleh kerana lahirnya kumpulan kafir yang diistilahkan dengan zimmi in berkait rapat dengan Negara Islam, memahami tentang Negara Islam adalah suatu keperluan yang tidak dapat disangkal lagi keperluanya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons