Siri
Tarbiyah Pemuda 4 (12)
TAKUT KEPADA ALLAH
MUQADDIMAH
Maksudnya;
Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah
mencabuli sumpah janji mereka, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir
Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu
takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memerangi mereka) kerana Allah
jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintah-Nya), jika betul kamu
orang-orang yang beriman? Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka
Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong
kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
Dan ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan
Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 13-15)
Ayat
ini memberi satu penegasan terhadap perintah memerangi golongan musyrikin yang
telah membatalkan perjanjian dengan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.
Penegasan yang keras ini bertitik tolak daripada tiga sebab;
Pertama; Sebab mereka membatalkan perjanjian.
Menurut Ibnu Abbas RA; ayat ini diturunkan terhadap golongan kuffar Makkah yang
telah membatalkan perjanjian mereka dengan Rasulullah dan golongan muslimin
selepas peristiwa Hudaibiyah. Golongan kuffar Makkah ini telah membantu Bani
Bakr memerangi Bani Khuza’ah (sekutu Rasulullah di Madinah). Ayat ini menjadi
dalil bahawa memerangi golongan kafir yang membatalkan perjanjian itu adalah
lebih utama daripada memerangi golongan kafir yang lainnya.
Kedua; Mereka berusaha mengeluarkan
Rasulullah SAW dari Mekkah. Firman Allah SWT yang bermaksud;
Dan
ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah)
menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau
mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
(mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. (Al-Anfal:30)
Ketiga: Mereka yang terlebih dahulu memulakan
peperangan. Iaitu merekalah yang terlebih dahulu memerangi golongan beriman di
dalam perang Badar. Begitu juga peperangan Uhud dan Khandak, juga dimulai oleh
golongan Musyrikin.
HANYA ALLAH BERHAK DITAKUTI
Dalam
perjuangan, takut kepada kekuatan musuh adalah amat tercela. Walau seberapa
hebat perancangan dan perencanaan yang diatur oleh musuh-musuh Islam, gentar
terhadap ancaman dan kekuatan musuh tidak wajar ada dalam jiwa dan sanubari
para pejuang Islam. Di dalam perjuangan hanya yang layak ditakuti oleh para
pejuangnya hanyalah Allah SWT yang memiliki kekuasaan yang hakiki, yang hanya
di tangan-Nya segala mudharat dan manfaat. Di dalam ayat ini, memberi kita
suatu kefahaman bahawa seorang mukmin yang takut kepada Allah akan menjadi seorang yang paling berani dan
tidak gentar di medan
perjuangan.
HATI
YANG TAKUT KEPADA ALLAH
Rasa
takut kepada Allah hanya akan timbul daripada hati yang paling baik. Hati yang
paling baik ialah hati yang paling suci, paling kuat dan paling lembut. Untuk
itu melakukan pengislahan hati ialah suatu kewajipan bagi seorang mujahid di
medan perjuangan. Justeru bantuan Allah kepada para pejuangnya hanya akan
datang setelah hati mereka telah layak untuk dipandang oleh-Nya. Sabda
Rasulullah SAW:
إن الله لا
ينظر إلى صوركم و أعمالكم وإنما ينظر إلى قلوبكم ونياتكم (رواه مسلم)
Maksudnya;
Sesungguhnya
Allah tidak melihat kepada rupa dan amalan kamu, hanyasanya Ia melihat kepada
hati dan niat kamu. ( Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
AWAS
TERHADAP HATI YANG KERAS DAN LALAI
Hati yang
keras ialah hati yang tidak terkesan dengan tazkirah dan peringatan, tidak
terasa tersentuh ketika diperingatkan tentang mati, segala janji Allah dan hari
akhirat. Sabda Nabi SAW;
من الشقاء
أربع : قسوة القلب, وجمود العين , والحرص وطول الأمل (رواه البزار)
Maksudnya;
Alamat
celaka itu empat perkara; hati yang keras, mata yang tidak mampu menangis,
haloba terhadap dunia dan panjang angan-angan. (Hadis diriwayatkan oleh
Al-Bazzar)
Sementara
hati yang lalai pula ialah hati yang tidak pernah tersedar apabila datang
peringatan daripada Allah. Segala bentuk peringatan daripada Allah tidak pernah
diendahkannya oleh sebab terlalu lalainya ia dengan kemewahan dunia dan belaian
hawa nafsunya. Allah SWT telah memperingatkan kita melalui firman-Nya yang
bermaksud;
Dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui
hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam
Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran.
(Al-Kahfi:28)
MENANGIS
KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Menangis
kerana takut kepada Allah adalah tanda atau alamat seseorang memiliki hati yang
lembut dan khusyuk. Hal ini dipuji oleh Allah seperti firman-Nya yang bermaksud;
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah)
Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. ( Maryam:58)
Firman-Nya
lagi yang bermaksud;
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis,
sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk. ( Al-Isra’:109)
Justeru
itu, berusaha untuk memiliki hati yang lembut dan mampu menangis adalah suatu
agenda yang wajar diwacanakan di dalam saf mujahid di dalam apa jua medan, siasah atau medan
pertempuran. Sejarah telah menjadi saksi bagaimana golongan mujahidin yang terdahulu
telah mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah setelah mereka hidup di
dalam reality ini. Sesungguhnya musuh-musuh Islam, di dalam apa pun namanya medan dan reality
pertarungan, musuh tidak pernah ada perasaan kasihan belas terhadap kita. Di
dalam kotak pemikiran mereka hanya ada satu focus, iaitu membelasah dan
menghancurkan kita sehancur-hancurnya. Bala tentera dan kekuatan mereka jauh
melebihi kita beribu kali ganda. Tanpa kekuatan hati yang hanya ada perasaan
takut kepada Allah, dan tidak takut kepada selain-Nya, sukar kita berhadapan
dengan suasana yang sebegitu hebat dan mencabar itu.
REALITI
DI MEDAN
Seperti
yang selalu ditegaskan, di dalam medan perjuangan, kita akan berhadapan dengan
berbagai-bagai mehnah dan tribulasi. Dan sesungguhnya
di dalam diari perjuangan tiada istillah masalah yang merumitkan, ujian yang
melemahkan, dugaan yang menyusahkan. Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan
untuk kita bangun lebih hebat. Lihatlah para pejuang yang terdahulu bagaimana
mereka berhadapan dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembasi menerjah
pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba. Berdepan dengan "belaian"
Pencipta yang Maha Berkuasa, sebagai tanda ingatan-Nya.. Lihatlah betapa mereka
tabah dan thabat dalam perjuangan
Kata nista dan cerca maki adalah lumrah orang dalam perjuangan.
Para Nabi dan Rasul terdahulu telah menerima tentangan yang sama, malah apa
yang ditempuh oleh mereka jauh lebih dahsyat lagi. Apabila kita renungi, segala
mehnah dan tribulasi ini, sebenarnya ia menjadi kayu pengukur terhadap kekuatan
iman kita. Perkara ini telahpun dinyatakan Allah dalam firman-Nya yang
bermaksud;
Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada
mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang
orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang
diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al-Ankabut:1-3)
PENUTUP
Oleh itu, jelas di sini bahawa pengakuan iman itu sendiri
memerlukan pembuktian. Secara analoginya kita andaikan seorang mekanik kereta
tidak akan dikira pandai membaiki kereta sekiranya dia tidak diuji dengan
teknik sebenar membaiki sebuah kereta. Maknanya, untuk membuktikan dia ialah
seorang mekanik dia perlu mencari kereta yang rosak untuk dibaiki. Jelas juga
di sini, untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah s.w.t. kita perlu
berjihad di jalan-Nya dalam semua bentuk jihad yang diperakui oleh Islam.. Hal
ini kerana “Jalan syurga dibentang dengan
kesusahan manakala jalan neraka dibentang dengan syahwat.” syahwat.”
Sesungguhnya kita wajar meneladani tokoh-tokoh Islam yang terdahulu. Kebanyakan mereka menerima ujian yang sangat berat seperti mana yang dihadapi oleh para sahabat dan tokoh perjuangan Islam sepanjang zaman. Cukup dengan sejarah mereka menjadi peniup semangat di dalam diri kita untuk menghancurkan toghut di abad ini. Cukup dengan membaca sejarah mereka dapat meniupkan semangat juang yang berkobar-kobar di dalam diri kita untuk berjihad di jalan Allah SWT. Oleh itu, marilah bersama kita berganding bahu, bersatu tenaga berjuang menegakkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allahu Akbar!!!
Sesungguhnya kita wajar meneladani tokoh-tokoh Islam yang terdahulu. Kebanyakan mereka menerima ujian yang sangat berat seperti mana yang dihadapi oleh para sahabat dan tokoh perjuangan Islam sepanjang zaman. Cukup dengan sejarah mereka menjadi peniup semangat di dalam diri kita untuk menghancurkan toghut di abad ini. Cukup dengan membaca sejarah mereka dapat meniupkan semangat juang yang berkobar-kobar di dalam diri kita untuk berjihad di jalan Allah SWT. Oleh itu, marilah bersama kita berganding bahu, bersatu tenaga berjuang menegakkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allahu Akbar!!!