KONSEP JIHAD DALAM GERAK KERJA PILIHANRAYA
Maksud firman ALLAH:
Maka Tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata “ Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku. “ Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka Thalut dan orang-orang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang telah minum berkata: “Tidak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya. “ orang-ornag yang meyakini mereka akan menemui Allah, berkata: “ Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.
Al-Baqarah :249
MUQADDIMAH
Pilihanraya umum yang ke-13 adalah medan jihad yang berbentuk Muwajahah Salmiyyah sudah pasti ianya memerlukan kepada kepimpinan, strategi dan sebahagian daripadanya peperangan bersenjata. Tanda-tanda pilihanraya umum yang ke-13 semakin nyata yang menandakan dekatnya tarikh keramat itu dengan kita. Justeru itu, konsep jihad dalam gerak kerja pilihanraya perlu diamati dan diamalkan supaya jihad dan amal kita diterima Allah SWT.
TAKRIF JIHAD DAN FADHILAT
Takrif: Kewajipan Menegakkan Perjuangan
Perjuangan atau jihad adalah menara ketinggian Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Jihad ialah mercu ketinggian Islam”.
Orang-orang yang berjuang bekerja keras dalam:
1. Membangunkan kekuatan menentang ancaman terhadap Islam
2. Menyampaikan ajaran Islam tanpa gentar dan takut
3. Bermuwajahah salmiyyah secara politik untuk membangunkan sistem Islam dalam pelbagai bidang kehidupan
4. Melaksanakan Amar makruf nahi mungkar
5. Membina kehidupan Islam untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Orang-orang yang beriman sentiasa bersungguh-sungguh (bermujahadah) untuk menjayakan matlamat perjuangannya kerana tanpa kesungguhan hilanglah erti perjuangan. Ibnu Taimiyyah mentakrifkan jihad sebagai kesungguhan yang sebenar-benarnya atau bermati-matian untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Hakikat ini dituntut dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan . ( Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim . (surah Al-Haj:78)
Dan kesungguhan mereka sehingga keperingkat mencintai syahid pada jalan Allah kerana menyedari bahawa perjaungan itu tidak ada hentinya sehinggalah ke akhir hayat.
FADHILAT DAN DOSA MENINGGALKANNYA
Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud
“ Sesungguhnya di dalam syurga kelak Allah sediakan 100 darjat syurga untuk para mujahidin di jalan Allah. Jarak antara 2 darjat itu ibarat langit dan bumi”
Firman Allah SWT yang bermaksud
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah ; lalu mereka membunuh atau terbunuh . (Itu telah terjadi) janji Allah yang benar di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapkah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. ( surah At-Taubah: 111)
Gerakkerja pilihanraya adalah jihad kerana
1. Kuasa Islam dapat ditegakkan dengan kuasa yang diperolehi dapat melaksanakan Islam secara keseluruhannya
2. Semua kezaliman dapat dihapuskan dan digantikan dengan keadilan
3. Pilihanraya adalah medan dakwah untuk menyampaikan seruan Islam.
“Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka ianya juga adalah wajib”
4 Ciri-Ciri Jihad
1. Berani
2. Yakin
3. Komitmen
4. Bersungguh-sungguh
Adakah kita sebagai hamba Allah yang mencintai jihad dijalan-Nya mempunyai sifat-sifat tersebut?
FAKTOR-FAKTOR KEMENANGAN ISLAM
1. Akhidah yang utuh iaitu Islam:
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Barang siapa menuntut agama, selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya, sedang dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (surah Ali-Imran : 85)
2. Kepimpinan yang baik iaitu kepimpinan ulama terjemah itu pewaris para nabi dan rasul
3. Organisasi jemaah yang mantap dan utuh
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya, denagn berbaris-baris, seolah – olah mereka bangunan tembok yang sangat rapat (menjadi satu)
( Surah As-Shaf : 4)
- Amilin / petugas yang istiqamah dan beriltizam serta komited
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Berjuanglah kamu dijalanAllah dengan bersungguh-sungguh”
( Surah Al-Hajj: 78)
5. Kewangan yang mencukupi keperluan
Allah berfirman yang bermaksud :
“ Sesungguhnya orang mukmin itu ialah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian tidak ada keraguan dan mereka berjuang dengan harta dan diri mereka pada jalan Allah” ( Surah Al-Hujurat: 15)
6. Strategi Dan Teknik
“ Ingatlah waktu engkau keluar ke medan peperangan seawal pagi untuk membuat persiapan tempat-tempat di medan perang.”
PENUTUP.
Walau bagaimanapun kita perlu memastikan setiap gerak kerja pilihanraya kita adalah sebagai ibadah berdasarkan syarat-syarat di bawah.
- Niat Kerana Allah
Setiap amalan yang dilakukan tanpa niat kerana Allah maka amalan tersebut sia-sia sahajadan tidak dikira sebagai satu amalan yang diiktiraf oleh Allah SWT. Kerana niat adalah teras kepada ibadah, niat kerana Allahlah yang membolehkan sah solat kita.
- Perkara Yang Dibenarkan Syarak
Walaupun niat kerana Allah tetapi amalan yang dilakukan bertentangan dengan agama maka ia diharamkan. Seperti seorang yang memaki hamun, menganiya orang lain, hanya semata-mata untuk mencapai matlamat jihadnya, maka ini tidak diiktiraf oleh Allah SWT. Islam tidak mengiktiraf “matlamat menghalalkan cara”
- Semua amalan mestilah mengikut peraturan yang ditentukan.
Oleh itu, amal ibadah tidak sah sekiranya bercanggah dengan peraturan yang ditentukan Allah SWT. Misalnya , zohor 4 rakaat, rukun sembahyang 13 perkara. Dan ini tidak boleh diubah mengikut sesuka hati dan manjadikan amalan itu tidak sah.
- Ibadat Khusus Tidak Boleh Diabaikan
Amalan yang dilakukan oleh seorang tidak dinamakan ibadah jika mengabaikan amalan fardhu. Membincangkan strategi jentera pilihanraya sehingga terlepas solat subuh.