Tuesday, July 17, 2012

TEKS USRAH BULAN JULAI


FIQH DAULAH DAN AHLUL ZIMMAH
(BHG. 2)

MUQADDIMAH
Maksudnya:
Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui.Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM
Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.
Hukum-hakam Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan perundangan, pemerintahaan dan penghakiman Negara berdasarkan Syariat Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib.Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini,proses menegakkan Kerajaan Islam yang dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.
Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih untuk melantik pimpinan dan kerajaan dalah wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah:”Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan denganya maka ia menjadi wajib”.

KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN
Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi uintuk memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah untuk pastiukan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan (Amanah, Alim, Ahli, Adil)dan matlamat syariat seperti hadith Rasullah SAW yang menyebut lafaz bai’ah:
“Aku memberi bai’ah kepada kamu dengan syarta kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”

Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allahy yang berikut:
Maksudnya: “Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta orang-orang yang ruku’ (tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT)”                (Surah Al-Maidah: 55)

Arahan memilih pimpinan mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al-Quran:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berketuakan Allah, rasul dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang mencapai kemenangan.” (Surah Al-Maidah: 56)

Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik adalah sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu, dan (jangan kamu jadikan)orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah Al-Maidah: 57)

Ibnu Abbas RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhanati Allah, Rasulnya, dan orang mukmin.”(Hadis Riwayat Al-hakim dan As- Sayuti).

Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat relevendalam konteks masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalm Al-Quran:
“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah Ulama” (Surah Al-Fathir: 28)
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para  nabi.Sungguh mereka hanya mewarikan ilmu, maka barangsiapa mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bahagian yang banyak”.(HR At-Tirmizi)

Jika setiap muslim memilih majority calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang mukmindan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam. Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syarait Islam mampu dilaksanakan.Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.
Sebalinya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis, atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan sarta kemungkaran di bumi Allah.
Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu melaksanakan dasar tadbir urus Negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasarkan logik akal dan kepentingan nafsu.
Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat islam keseluruhnya di hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON MUSLIM
Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon wakil rakyat golongan-golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah, kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezaliman (manipulasi, penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau memilih kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam, kemanusian, kebajikan, dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip kaedah feqah yang menyatakan : “Mudharat/keburukan hendaklah dihindari” , “Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar” dan “Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan”.

ETIKA PILIHANRAYA MENURUT SYARA’
Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin dan kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemungkaran dan kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar daripadaNya.
Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/ pembunuhan), gharar (dusta/ penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah (rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll), maisir (perjudian/ pertaruhan), syubhah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan, kolusi, konspirasi), assobiyyiah(nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan/ kepartian/ kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan/ nasionalisme/ keegoan materialism) dan lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.
Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islamuntuk memastikan kejayaan kepada pihak yang hak.

KEWAJIPAN MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM
Dalam konteks Malaysia, kita uamt islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib memilih kepimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prisip Islam dalam menganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Timiyah mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.
Tanggungjawab setiap pemimpin (wakil rakyat) Islam adalah pul wajib membentuk Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintrahn atas prinsip Islam dan amalan syariat Islam. Dengan itu umat islam akan mampu melaksanakan semua amal ibadat,hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan di Akhirat.

Al-Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.Ibnu Hazam Al-Andalusi menjelaskan para Ulama’ bersatu pendapatdalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umut berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakaum Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Ibnu Khaldun menegaskan bahawa: “Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan menyeimbangkan kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus pilih pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan kewajipan untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW, semua kepentingan dunia haru mempertimbangkan keuntungan untuk kepentingan akhirat.Kesimpulanya, (kekhalifahan) pada kenyataanya menggantikan Nabi Muhammad SAW, beserta sebahagian tugasnya, untuk melindungi agama dan menjalankan kekuasaaan politik dunia”.
Imam Taqiyyuddin An-Nabhani menyatakan bahawa kepimpinan kaum muslimin adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembangkan (dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

PENUTUP
Oleh itu mewujudkan Jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon Jemaah Islam dan membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap muslim supaya akidah dan syariat Islam dapat ditegakkan, dipertahankan, dan dikembangkan di atas muka bumi ini sehingga Hari Kiamat.
Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah memastikan segala urusan dan permasaalahan umat dirujuk kepada Al-Quran dan As- Sunnah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons